Tuesday, March 20, 2012

Syukur

Allah, ilhamiku tuk mensyukuri nikmat-Mu. Aku tenang dan bahagia dengan rasa syukur. Demikian sebaliknya.
Lorongkan ku jalan tuk ku memanfaatkan diriku sebaiknya demi mencapai redha-Mu. Tolonglah ya Allah. Hanya kepada-Mu tempat ku bermohon.

Turun Naik

Iman da turun naiknya kan. Da masa aku rasa worse sangat. Da masa I'm feel soo good. Allah je yang tau buruk baiknye aku ni.
Pun terima kasih Allah, tunjukkanku jalan pulang tiap kali ku tersesat. Segala puji hanya bagi Allah. Bimbinglah ku ya Allah..

Thursday, March 15, 2012

Hina

Hanya Allah yang tahu kehinaanku. Aku banyak dosa. Tanpa rahmat dan keampunan-Nya termasuklah aku orang-orang yang rugi. Allah.. Sehari feel good dalam kebaikan. Sehari lagi culas dan berdosa. Innalillah.. Bagaimana tuk ku mantapkan pendirian dan keimananku agr slalu dalam kebaikan? Sedang hati cenderung pada keseronokan n perkara lara. Jauhkan aku dari putus asa akan rahmat-Mu ya Allah..
Demikian masihkah punya rasa diri lebih mulia, baik dan orang lain hina, jahat? DIA memuliakan dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki-Nya..

Wednesday, March 14, 2012

Tatkala ada rasa ingin menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan kepada manusia, tanyakan diri adakan kita mau di akhirat nanti Allah berkata pada kita 'mintalah pahala amal kebaikanmu kepada si polan yang kau mau mendapat penghargaan darinya'. Ya Allah, jauhkan aku dari keadaan yang demikian ya Allah. Alangkah ruginya ketandusan dan tak cukup pahala tuk membawa kita ke syurga di akhirat nanti. Tolong ya Allah, aku tak sanggup ke neraka-Mu.
Mengapa pula kita merasa mulia dan memandang hina orang lain? Adakah kita ada jaminan yang akhir kehidupan, kita mati dalam iman. Atau mustahilkan jika orang yang kita pandang rendah dan hina tu mendapat kemuliaan Allah di akhirat nanti? Allah Maha berkehendak atas segala sesuatu. DIA memuliakan dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kisah Nabi dan sahabat ada menyebut tentangnya.
Ikhlaskan diri menghambakan diri pada-Nya. Bimbinglah kami ya Allah..

Terima Kasih

Terima kasih Allah kerana mengurniakan rasa bahagia dalam jiwaku. Nikmatnya.. I'm feel good. Alhamdulillah.
Nikmat silaturrohim.. Perkataan yang baik, memaniskan muka, menunjukkan kasih-sayang. Segala puji bagi Allah.
Kemahuan memanfaatkan diri tuk mencari redha Allah tu rasa yang membahagiakan kerana kita kan sibuk memberi tak harap balasan manusia. Hanya redha Allah.
Segala puji bagi Allah. Bimbinglah aku ya Allah. Matikanku dalam iman. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak-Mu jua ya Allah.

Tuesday, March 13, 2012

Ada masa rindu menyapa. Allah.. Aku pun kan kembali pada-Mu. Cuma tak tau bila. Allah.. sabarkan aku. Kuatkan semangatku. Redhakan aku akan ketentuan-Mu. Bimbinglah aku ya Allah. Sungguh aku insan lemah lagi hina. Ampuniku ya Allah.
Anak muda.. Ada yang lebih sukar darimu. Lebih berat ujiannya. Pun mereka tabah dan sabar. Carilah hikmah dari sekelilingmu..

Friday, March 9, 2012

Tanah

Menziarahi pusara abang. Hati rasa sendu. Memori bersama terimbau kembali. Apakah daya. DIA penentu segala. Allah.. Ampuni kami..
Salam diberi buat semua ahli kubur. Terasa kembali kefitrah diri. Mengingatkan tujuan sebenar hidup ni. Yang akhirnya kan kembali pada-NYA jua. Saat itu segala kemegahan di dunia sudah tiada bererti. Malah kan dipersoalkan segala yang dipunya sebelum ni. Segala pada diri menjadi tanah kembali..

Monday, March 5, 2012

Dia cantik. Manis. Suka tersenyum dah ramah berbalas bicara. Siapa tak suka. Tingkahnya sopan pula.
Cuma... Bagiku dia seksi. Sebab pakaiannya ikut bentuk badan. Buat aku segan nak kuar sama.
Camne? Aku tak punya kekuatan tuk cakap hal tu kat dia. Dia tak tau ke. Nafsu lelaki tu... Entahlah.
Pun bagi aku dia punya hati yang noble. Dia lebih sabar dariku beb. Da masa dia cakap padaku pasal akhirat, pasal dosa ngumpat. Aku juz galakkan dia tuk gain more knowledge. Sebab bagi aku kesedaran tuk buat baik ni datang dari tahu/ ilmu n mahu. Petunjuk tu milik Allah.
Dia beritau kelemahannya n mau perbaikinya sedangkan aku? Allah, tunjuki kami jalan yang benar yang Kau redhai. Bimbinglah kami ya Allah...

Teman

Bahagia kan punya teman di sisi. Dengan spontan buat kita tertawa. Terima kasih teman. Tidak mengharapkan apa dari dia buat kita rasa dapat segalanya. Begitu sebaliknya. Mengapa ya?

Teringat

Kak, tetibe teringat time kite dok same dlu. Wekend, p jongging sesame kt hutan bandar pastu p pasar bli barang dapur. Kekadang tu sarapan skali kat hutan bandar. Ada skali dua tu pas jogging ja kita p salon gunting rambut. He, cari kedai yang tukang gunting amoi n tak da laki. He.. The memories is soo sweet.. But the past is past rite. Sekarang masing-masing da komitmen ngan famili sendri. But kite stil contact each other. Alhamdulillah...

Thursday, March 1, 2012

Mohon Petunjuk

Ya Allah... Kau juga yang Maha Mengetahui isi hatiku. Ampuniku ya Allah. Sesungguhnya aku telah banyak melakukan penganiayaan dan kezaliman kepada diriku sendiri. Bimbinglah aku ya Allah, matikanku dalam iman, permudahkan semasaku mati. Mohon rahmat dan belas kasihanMu ya Allah.
Ya Allah. Da masanya perasaanku rasa begitu berat. Dadaku terasa sempit. Tanda aku berdosa dan rohku kontang santapan rohani. Beriku kekuatan tuk tetap atas jalanMu ya Allah. Jalan orang-orang yang Kau redhai. Bimbinglah aku ya Allah. Amin...

Monolog

Di sini aku untuk bermonolog. Meluah pa yang terpendam dan terbuku di dasar hati yang paling dalam. Mengapa aku buat begini? Kerna aku sukar meluahkan rasa skali pun dengan insan paling rapat denganku. Jelasnya aku lebih suka menulis rahsia hatiku dari mengucapkannya. Itu caraku. Demikian terima seadanya keberadaanku di sini...